Suzuki kembali ke tanah air di bawah Naza Group - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu laporan akhbar yang dikeluarkan oleh The Malaysian Reserve, Suzuki Motor Corp dilaporkan sedang berunding dengan Kumpulan Naza untuk kembali aktif di tanah air selepas tiga tahun menghentikan operasi.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Menurut satu sumber yang rapat di dalam industri, rundingan antara Suzuki dan Naza dijangka akan selesai tidak lama lagi, dan jenama Jepun itu bakal kembali seawal tahun ini. 

Tambah sumber itu lagi, beberapa penilaian akhir sedang dijalankan sebelum memuktamadkan perjanjian perkongsian itu.

Difahamkan, perjanjian antara Naza hanya melibatkan operasi penjualan kereta Suzuki sahaja, manakala hak pengedaran motosikal Suzuki di Malaysia terus kekal seperti sedia ada. 

Ini bermakna, beberapa model Suzuki dilihat bakal membuat kemunculan kembali seperti Suzuki Swift, Suzuki Jimny dan juga Suzuki Vitara. 

Kumpulan Naza ketika ini mengendalikan beberapa buah jenama besar automotif seperti Ferrari, Maserati, Mercedes-Benz, Kia, Peugeot, Citroen dan juga Ducati. 

Sumber: The Malaysian Reserve

Berita Berkenaan

Berita Global
Menggunakan skuter maxi Burgman 400 sebagai asas, ia dilengkapi dengan tangki hidrogen dengan…
Berita Global
  Di dalam penguasaan itu model mana yang paling digemari? Kereta kecil Maruti Suzuki Alto, yang…
Berita Domestik
Difahamkan, syarikat itu telah pun memberikan penerangan kepada Suzuki Motor Corporation (SMC)…