Suzuki kembali ke Malaysia!

oleh SALINA JALIL|
Bersempena dengan ulang tahun ke-45 Naza Group, Naza Eastern Motors Sdn Bhd mengumumkan pelantikannya sebagai pengedar kereta Suzuki baru di Malaysia!


Naza Eastern Motors Sdn Bhd akan menjual dan memberikan perkhidmatan selepas jualan untuk kenderaan Suzuki model generasi baharu sahaja.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

 

SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi/Ketua Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings berkata, "Ini merupakan penghormatan besar kepada kami untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif Jepun yang telah berjaya menawan hati pengguna Malaysia selama bertahun-tahun di pasaran Malaysia sebelum ini. 

 


Kami di Naza Eastern Motors komited untuk memastikan kami terus maju dan mengukuhkan reputasi Suzuki dengan menyediakan produk yang berkualiti yang boleh dipercayai, diminati dan ceria."

 


Kinji Saito, Pegawai Urusan Kanan, Pengurus Besar Eksekutif,Pemasaran Automobil Global, Suzuki Motor Corporation berkata, “Kami gembira dapat kembali ke pasaran Malaysia dengan Kumpulan NAZA sebagai wakil pengedar kami. Pengalaman kami di pasaran Malaysia sangat mengujakan kerana penerimaan jenama kami dari pelanggan kami di sini dan kami sangat menghargai kepercayaan berterusan untuk Suzuki. Kami tidak sabar-sabar untuk memperkenalkan kereta kami yang terbaharu yang telah memenangi anugerah kepada peminat setia Suzuki."

 


Ruang pameran 3S pertama Suzuki akan terletak di Naza Automall, Petaling Jaya yang berhadapan dengan Lebuhraya Persekutuan. Diilhamkan oleh Suzuki dengan cogan kata "Cara hidup!", bilik pameran mempunyai ruang lebih daripada 3,000 kaki persegi.

 

"Selama bertahun-tahun, Suzuki telah menghasilkan produk hebat yang telah menarik minat yang tinggi di seluruh dunia. Kami ingin memulakan kembali pengenalan Suzuki di Malaysia dengan melancarkan 2 model yang paling banyak dibincangkan dan diminati tahun ini. 

 


Peminat Suzuki setia boleh juga mengharapkan barisan produk yang menarik pada tahun-tahun berikutnya. " kata Dato Nik Hamdam Nik Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation.

 


Model Suzuki pertama akan dilancarkan di Malaysia pada bulan April ini di mana Careta percaya model yang akan diperkenalkan adalah Suzuki Swift Sport dan Suzuki Jimny.

 


Untuk maklumat terkini, sila lawati laman web www.suzukimalaysia.com atau Facebook dan Instagram Suzuki Malaysia.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis tandatangan perjanjian itu telah diwakili oleh Pengerusi Eksekutif KMSB Motors, Ahmad Faez…
Berita Global
CJPT ditubuhkan pada April 2021 dengan tujuan mempercepatkan pelaksanaan dan mempopularkan…
Pelancaran
  Swift Sport generasi baharu diimport sepenuhnya dari Jepun, dan senarai menunggu dijangka akan…