Suzuki Katana sah dijual di Malaysia tahun ini? Berapa harga?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Suzuki Katana - Kredit foto: FB Suzuki Malaysia
Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. sudah lama tidak memasang dan mengedarkan motosikal Suzuki di Malaysia. Aktiviti utama syarikat ini ialah dalam bidang penjualan, pemasaran dan pengedaran Suzuki berkuasa tinggi.

Motosikal paling kecil yang dijual ialah skuter maxi Suzuki Burgman 400 ABS. Tawaran motosikal berkuasa Suzuki sebenarnya agak lengkap dari skuter kepada touring sehingga Hayabusa GSXR 1300 ABS.

Kami tidak pasti di bilik pameran mana Hayabusa dijual tetapi ia wujud di dalam laman web rasmi Suzuki Malaysia.

Namun ada satu perkara menarik yang melintas garis masa Facebook (FB) milik penulis beberapa hari lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Suzuki Katana

 

Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. melalui laman FB Suzuki Malaysia pada 18 Mac lalu telah mengumumkan kedatangan motosikal moden klasik Katana ke pasaran tempatan.

Status yang disertakan koleksi gambar berbunyi seperti berikut:

"Suzuki Katana in action! On its way to Malaysia"

Apakah maksud dalam perjalanan ke Malaysia? Adakah ia sekadar datang untuk dipertontonkan? Atau benar-benar dijual?

Ini menimbulkan misteri dan juga keterujaan memandangkan Katana baru sahaja dijual di United Kingdom seperti yang kami laporkan dalam artikel yang lalu.

 

Suzuki Katana

 

Jawapannya mungkin terletak pada satu jawapan (reply) yang dijawab oleh Suzuki Malaysia pada ruangan komen seperti berikut:

"About the price, will be announced when it is available."

Melalui dua kenyataan tersebut adalah selamat untuk dikatakan bahawa Suzuki Katana bakal dijual pada tahun ini juga.

Cuma satu lagi soalan yang belum terjawab, iaitu bila?

Sebagai imbasan semula, Katana menggunakan enjin yang berasal daripada model GSX-R1000 K5 dan diperbaharui dan ditala semula. 

Enjin Katana berkuasa 150 ps pada 10,000 rpm dengan daya kilas puncak 108 Nm pada 9,500 rpm.

 

Suzuki Katana

 

Katana turut dilengkapi tiga mod sistem kawalan cengkaman dan fungsi bantuan rpm rendah. 

Rangka yang digunakan adalah jenis ringan daripada siri GSX-S1000.

Ciri-ciri lain ialah slipper clutch, brek Brembo dengan ABS, lampu LED, fork USD KYB dan tayar Dunlop Roadsport 2 120/70 R17 di depan dan 190/50 R17 di belakang.

Harga Suzuki Katana UK ialah £11,399 (RM 61,444) dan tambahan £999 (RM 5,385) membolehkan pembeli menerima pek aksesori Samurai.

Selain warna legenda perak, Katana ditawarkan dalam warna baharu iaitu hitam.

Jadinya seperti soalan yang ditanya sebelum ini, bila Katana akan dijual?

Diharapkan harganya nanti janganlah terlampau 'keras'.

 

Suzuki Katana

 

Foto: Suzuki Katana versi UK

Penulis: Muhammad Md Tajudin

*1 GBP = RM 5.390

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…