Suzuki Katana - bakal muncul Oktober ini

oleh Penyumbang Rencana 2|
Untuk mereka yang sudah lama meminati superbike, Suzuki Katana bukan satu nama asing.

Model pertama dihasilkan dalam tahun 1981 menampilkan enjin 4-silinder 1,100cc, dengan rekabentuk jerung yang sebenarnya direka oleh Hans Muth, bekas ketua styling BMW Motorrad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam tahun 1984, Kataana 750SE dilancarkan dan model ini hadir dengan lampu pop-up ala supercar. Walaupun ia tidaklah begitu laju, model ini menerima publisiti yang sangat meluas.

Kemudian nama itu digunakan oleh model-model sportsbike biasa yang sudah kurang menyengat dan model terakhir dengan nama Katana ialah model GSXF-K6.

 
 

 

Nampaknya Suzuki akan mula menggunakan nama itu untuk model terbaharu mereka yang bakal dilancarkan semasa pameran INTERMOT di Jerman.

Dari berita-berita yang diterima, Katana baharu ialah sebuah street bike (separa fairing) dan akan menggunakan platform GSX-R1000.

 

 

Careta merasakan ia akan menjadi seteru kepada Honda CB1000R, sebuah retro naked dengan gaya 1980-an, ketika motosikal masih lagi banyak menggunakan besi dan bukannya plastik.

Suzuki juga dijangka akan melancarkan Hayabusa baharu, beserta model-model GSX-R600 dan GSX-R750 semasa INTERMOT dalam bulan Oktober di Cologne, Jerman.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Suzuki Malaysia, pengimport, pemasang dan pengedar rasmi motosikal jenama Suzuki kini melancarkan…
Informasi
Namun, tahukah anda rekaan Nissan Z yang terbaharu ini turut melibatkan elemen matematik Nisbah…
Berita Global
Dan hasil projek one-off pasukan tersebut membuatkan anda akan menyangka ia adalah sebuah Suzuki…