Suzuki Jimny sah masuk pasaran Thailand bulan ini

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena acara Bangkok Auto Expo yang bakal berlangsung pada 27 Mac ini, Suzuki Thailand akan membawa masuk secara rasmi SUV off-road kecil paling popular masa kini, iaitu Suzuki Jimny.

Thailand kini merupakan pasaran kedua di Asia Tenggara setelah Filipina selesai melancarkannya di pasaran sana pada minggu yang lalu. 

Versi yang dibawakan untuk pasaran Asia Tenggara adalah Suzuki Jimny Sierra, dengan nadi 1.5 liter K15B yang menghasilkan 100 hp dan 138 Nm daya kilas - unit enjin yang sama digunakan pada Suzuki Ertiga. 
 


Oleh kerana ia diimport secara terus dari negara Jepun, rakan media di Thailand, Headlightmag meramalkan harga jualan di negara itu bermula dari 1.3 sehingga 1.6 juta baht (RM168 ribu - RM206 ribu). 

Dengan pengenalan di Filipina dan Thailand pada bulan ini, Suzuki nampaknya sudah pun bersedia untuk meluaskan lagi pengaruh Jimny ke pasaran Asia Tenggara yang lain.

Kecuali Malaysia yang masih tidak diketahui nasibnya ketika ini...

 


Sumber: Headlightmag

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…