Suzuki Jimny rasmi dilancarkan di Thailand - harga dari RM199k!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Thailand kini menjadi destinasi pasaran kedua Suzuki Jimny di Asia Tenggara setelah Filipina mendahului negara-negara lain pada awal bulan lalu. 

Generasi keempat Suzuki Jimny merupakan unit CBU yang diimport sepenuhnya dari Jepun, hadir dengan enjin 1.5 liter K15B aspirasi natural yang menghasilkan 102 hp dan daya kilas 130 Nm, dan bukan versi kei-car dengan enjin 660 cc itu. 

Pihak Suzuki Thailand meletakkan harga jualan versi manual lima kelajuan pada harga 1.55 juta baht (RM199 ribu) manakala versi automatik empat kelajuan pula bermula dari 1.65 juta baht (RM211,852). 
 

sumber gambar: Paultan

Antara peralatan standard yang dilengkapkan pada mini off-road ini adalah lampu LED automatik, stereng balutan kulit, kawalan pelayaran, sistem pendingin hawa automatik. 

Sistem multimedia pula hadir dengan ciri skrin sentuh, navigasi pemetaan dan sambungan kepada Apple CarPlay, Android Auto dan Mirror Link. 

Spesifikasi keselamatan pula sangat asas, merangkumi dua buah beg udara, kawalan berhenti cerun (HHC), kawalan menurun cerun (HDC) dan program kestabilan kenderaan elektronik (ESP).
 

sumber gambar: Paultan

Penduduk Thailand (dan mungkin rakyat Malaysia di sana) boleh memilih untuk mewarnakan SUV cilik ini dengan tujuh warna pilihan dan tiga daripadanya didatangkan dengan pilihan bumbung hitam. 

Menurut laporan rakan media Paultan tahun lalu, Suzuki dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memasang Jimny secara CKD di Indonesia bagi mengurangkan kos import unit CBU. 

Melihatkan kepada harga jualan di Thailand yang agak tinggi, amat sesuai langkah tersebut diambil supaya rakan-rakan di Asia Tenggara dapat menikmati Suzuki Jimny pada harga yang lebih mampu milik. 
 

sumber gambar: Paultan

Kecuali Malaysia.....

Sama-samalah kita berdoa supaya ada pihak yang prihatin membawa masuk model ini untuk pasaran tempatan. 

Baca: Toyota jalin kerjasama dengan Suzuki di Eropah

Sumber: Paultan 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…