Suzuki Jimny Lite bakal mendarat di Australia - rim keluli 15 inci, sistem audio asas

oleh Mohamad Hanif|
Sedar tak sedar, sudah tiga tahun Suzuki melancarkan SUV off-road kecil Jimny generasi keempat untuk pasaran global, dan kita di Malaysia masih menanti-nantikan kehadiran unit rasmi dari pengedar rasminya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nun jauh di negara kanggaru, Suzuki Australia sedang bersiap sedia untuk membawakan sebuah lagi varian yang lebih asas, dikenali sebagai Suzuki Jimny Lite menjelang Ogos ini.

 


Tidak seperti varian-varian Jimny yang lebih lengkap spesifikasinya, Jimny Lite hanya dipasangkan dengan rim keluli bersaiz 15 inci, teknologi lampu halogen, serta tiada lampu kabus pada bahagian hadapan.

Selain daripada itu, sistem audio juga merupakan unit asas yang hanya menyokong siaran radio dan pemain CD, namun didatangkan dengan ciri sambungan Bluetooth untuk memainkan muzik dan menjawab panggilan telefon.

 


Sistem pendingin hawa pula masih dikekalkan, namun datang dengan kawalan manual sahaja.

Dari segi kuasa, Suzuki Jimny didatangkan dengan enjin aspirasi natural 1.5 liter yang menghasilkan 101 hp dan 130 Nm, padanan transmisi manual lima kelajuan dan sistem pacuan empat roda.

 


Harga jualan hanya akan diketahui menjelang pelancaran rasmi pada Ogos ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Cuma disebabkan harga jualan masih berada di luar kemampuan, apa yang boleh dibuat pada ketika ini…
Gaya Hidup
Suzuki Jimny, nama yang kami rasa anda pun sudah bosan mendengar tiap kali kami menaikkan jenama…