Suzuki Jimny laris di UK - bukti SUV kecil ini masih berbisa!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun keputusan ujian pelanggan Euro NCAP Suzuki Jimny hanya sekadar mencatatkan markah tiga bintang sahaja, ia tidak menghalang para peminat SUV cilik ini daripada terus memilikinya sebagai kenderaan off-road peribadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buktinya, jualan Suzuki Jimny di Eropah sehingga kini telah mencatatkan jualan melebihi 4,500 unit dalam keadaan Suzuki Eropah hanya mampu menghantar sejumlah 1,100 unit sahaja kepada UK pada tahun ini. 

Ini bermakna, orang ramai (di UK) perlu sabar menanti kehadiran SUV ini sehingga pada tahun 2019 sekiranya tiada sebarang perubahan dilakukan pada fasa produksi Suzuki Jimny ini. 
 


Menurut bos Suzuki UK, Dale Wyatt memberitahu laman web Autocar, ini kerana kadar permintaan Suzuki Jimny di Jepun adalah begitu memberangsangkan sehinggakan Suzuki terpaksa mengehadkan penghantaran unit kepada negara-negara pemanduan kanan, seperti England. 

Di UK, Suzuki Jimny didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter aspirasi natural yang menghasilkan 100 kuasa kuda dan 129 Nm sebelum digandingkan dengan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan. 

Berbeza di pasaran Jepun apabila Suzuki melengkapkan Jimny dengan enjin tiga silinder bersesaran 658 cc berkuasa turbo yang mampu menghasilkan 63 kuasa kuda dan 96 Nm daya kilas. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…