Suzuki Jimny diperkenalkan semula - kali ini di bawah kelas kenderaan komersial ringan

oleh Mohamad Hanif|
SUV 4x4 cilik Suzuki Jimny sebelum ini telah dihentikan penjualannya di United Kingdom memandangkan ia tidak mampu untuk memenuhi regulasi pelepasan emisi yang semakin ketat dikenakan ke atas kenderaan penumpang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, Suzuki bijak mengesan kelompongan yang ada, dan Jimny akhirnya dilancarkan semula di bawah kelas yang berbeza, iaitu kenderaan komersial ringan (LCV).

Ini bermakna, Suzuki Jimny tidak lagi mampu memuatkan empat orang pada satu-satu masa, disebabkan ketiadaan tempat duduk baris kedua.

Ini sekaligus memberikan ruang kargo sebesar 863 liter dengan penambahan sebanyak 33 liter berbanding ruang kargo asal apabila tempat duduk baris kedua dilipat rata.

 


Dari segi kuasa, Suzuki masih mengekalkan enjin aspirasi natural 1.5 liter yang menghasilkan 101 kuasa kuda dan 130 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan, sistem pacuam empat roda separuh masa dan transfer gear julat rendah.

Bacaan penggunaan bahan api pula adalah serendah 5.4 liter untuk setiap 100 km.

Suzuki Jimny LCV ini mempunyai jarak kelegaan tanah setinggi 210 mm, radius putaran 4.9 meter manakala sudut approach dan departure masing-masing adalah 37 dan 49 darjah.

Harga jualan Jimny LCV tidak diumumkan, namun sebagai peringatan Jimny terdahulu dijual dengan harga bermula dari £15,370 (RM83,389).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…