Suzuki Jimny dilancarkan di Singapura - harga dari SGD114,100 dengan COE (RM347 ibu)

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Senyap-senyap, negara jiran di selatan sana, Singapura kini menerima kemasukan SUV cilik Suzuki Jimny bersempena acara The Cars at Expo pada 27-28 April yang lalu. 

Dibawa masuk oleh Champion Motors, Suzuki Jimny bakal dijual pada tanda harga SGD114,100 (RM347 ribu) lengkap dengan dokumen COE untuk kebenaran bergerak di tanah Singapura. 
 


Hanya satu varian sahaja ditawarkan, dengan enjin 1.5 liter K15B yang mampu menghasilkan 100 hp dan 130 Nm daya kilas maksimum. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan empat roda Suzuki AllGrip Pro menerusi transmisi automatik empat nisbah kelajuan sahaja. 

Untuk sebuah SUV mini dengan tanda harga melebihi SGD100 ribu, Suzuki Jimny hadir dengan kelengkapan yang cukup menarik, seperti lampu projektor LED automatik, lampu belakang LED, rim aloi 15 inci dengan tayar berprofil 195/80, sistem pendingin hawa automatik dan stereng berbilang fungsi. 
 


Ciri keselamatan juga tidak dilupakan seperti enam buah beg udara, Amaran Keluar Laluan, Bantuan Lampu Suluh Tinggi, Kawalan Berhenti Lereng Bukit, Kawalan Menurun Bukit, Amaran Kenderaan Bergoyang (Vehicle Sway Warning), brek anti-kunci ABS, ESP dan Bantuan Brek Sensor Berkembar (DSBS) atau brek kecemasan autonomi. 

Sementara itu, penulis kini sedang melakukan solat hajat mempertimbangkan keputusan untuk berhijrah ke negara jiran bagi memiliki sebuah Suzuki Jimny. 

Sumber: Torque SG

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…