Suzuki Jimny dapat naik taraf gandar portal, harga dari RM269k di Jerman

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki Jimny, SUV bersaiz kecil, namun masih lagi mampu untuk menawan laluan off-road. Walaupun mahal, tapi tempoh menunggu boleh tahan juga lamanya di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang mahukan pemanduan off-road yang lebih serius, syarikat penala Delta4x4 dan Avus Auto telah bekerjasama menawarkan naiktaraf kepada SUV cilik ini, berupa pemasangan gandar portal.
 

Jimny


Disebabkan pemasangan komponen itu tadi dibantu dengan saiz roda yang lebih besar, jarak kelegaan tanah Jimny telah meningkat kepada 400 mm dan menjadikan tinggi keseluruhan Jimny (tanpa rak bumbung) sebanyak 1,800 mm.

Sebanyak 12 unit Jimny dengan gandar portal yang akan dibina oleh Avus Auto, manakala naiktaraf selebihnya diserahkan kepada pihak Delta4x4.
 

JImny


Untuk menjadi sebuah SUV off-road sebenar, syarikat Delta4x4 memasang rim hitam bersaiz 18 inci dengan tayar all-terrain, fender flare, serta opsyen penambahan brush guard keluli tahan karat dan sistem cangkuk tunda.

Selain itu, sistem suspensi Jimny telah dinaikkan sebanyak 40 mm, dibantu dengan peredam boleh laras, serta opsyen untuk menambah diff lock untuk gandar depan dan belakang.
 

Jimny


Terdapat dua versi yang boleh dipilih, dan harga jualan Jimny yang dinaiktaraf ini bermula dari €56,000 (RM269k), atau €40,085 (RM192,611) lebih mahal berbanding Jimny standard di Jerman.

Untuk mereka yang mahukan pakej Jimny yang serba lengkap dengan opsyen diff lock dan cangkuk tunda, harga jualan bermula dari €65,000 (RM312,329).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…