Suzuki Jimny 5 pintu debut secara rasmi di India Auto Expo 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah beberapa kali kita disajikan dengan gambar intip dan berita mengenai Suzuki Jimny 5 pintu, ia akhirnya telah membuat debut secara rasmi semalam di India Auto Expo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jimny 5 Pintu itu masih menggunakan platform ladder-frame dan telah dibina dengan asas dari Maruti Suzuki di India, namun terdapat berita kurang menyenangkan apabila Jimny 5 pintu itu dikhabarkan hanya akan dijual di pasaran India, Afrika, Amerika Latin dan Australia sahaja.

 

2

 

Sebagai perbandingan, Jimny 5 pintu mempunyai dimensi dengan 3,985 mm panjang berbanding 3,645 mm pada Jimny 3 pintu, Jarak roda juga dipanjangkan kepada 2,590 mm iaitu 340 mm lebih panjang berbanding Jimny 3 pintu.

Pada bahagian kabin, ia menawarkan ruang lebih besar dengan lima tempat duduk, kapasiti bonet juga bertambah 85 liter menjadikan jumlahnya kepada 208 liter, tempat duduk belakang juga boleh dilipat bagi membuka menambah ruang kepada 322 liter.

 

3

 

Jimny 5 pintu itu turut dilengkapi dengan skrin infotainment 9 inci bersama fungsi Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, kamera mengundur, dan sistem audio Arkamys.

Selain itu, ia didatangkan dengan ciri bantuan keselamatan seperti 6 beg udara, bantuan turun bukit, ESP dan EBD.

 

4

 

Jimny 5 pintu itu dikuasakan enjin NA 1.5 liter petrol dipadankan dengan pilihan transmisi manual 5 kelajuan atau transmisi automatik 4 kelajuan bersama sistem pacuan 4 roda yang menghasilkan 103 HP dan 134 Nm.

Ianya sekaligus menyangkal khabar angin tentang penggunaan enjin mild-hibrid pada Jimny 5 pintu, namun tidak mustahil juga model tersebut akan menerima naik taraf elektrifikasi pada masa akan datang.

Suzuki Jimny 5 pintu itu akan dipasang oleh Maruti Suzuki di kilang Gurugram, India dimana tempahan untuk model tersebut telah mula diterima dan akan dijual bermula bulan May.

 

Sumber: motor1.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Difahamkan, Jimny lima pintu itu akan dieksport ke pasaran Jepun dalam masa terdekat berdasarkan…
Berita Global
Dalam masa yang sama, Maruti Suzuki dilaporkan akan turut memperkenalkan SUV EV Concept di samping…