Suzuki Jimny 5 pintu bakal serang pasaran Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki telah pun melancarkan SUV off-road Jimny versi lima pintu yang jauh lebih praktikal pada awal tahun yang lalu, di mana ia diproduksikan secara eksklusif di kilang Gurugram, India.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, Jimny lima pintu itu akan dieksport ke pasaran Jepun dalam masa terdekat berdasarkan laporan terbaharu daripada laman Autocar India.

Ketua Pegawai Teknologi Maruti Suzuki, CV Raman mengesahkan Jimny 5-door akan dilancarkan secara rasmi di Jepun, sekaligus meluaskan lagi penawaran model untuk pasaran tersebut.
 

jimny


Suzuki Jimny 5-door membawakan ukuran sepanjang 3,985 mm, atau 505 mm lebih panjang berbanding model Jimny tiga pintu dengan jarak antara roda bertambah sebanyak 304 mm.

Walaupun dengan ukuran yang lebih panjang, Jimny 5-door masih lagi mengekalkan enjin 1.5 liter NA yang mampu menghasilkan 103 hp dan 134 Nm.

Seawal tahun depan, Suzuki bakal memperkenalkan beberapa buah model EV untuk pasaran Eropah, termasuklah Suzuki Jimny EV.
 

suzuki


Menjelang tahun 2030, Suzuki menyasarkan 20 peratus model terdiri daripada EV manakala selebihnya model hibrid, sementara pasaran Eropah pula terdiri daripada 80 peratus EV dan 20 peratus hibrid menjelang tahun yang sama.

Sumber: Autocar India

Berita Berkenaan

Berita Global
Kilang ketiga itu juga akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kenderaan Toyota di India kepada 410,…
Berita Global
Kereta Suzuki Wagon R ini pernah muncul pada sidang kemuncak G7 di Hiroshima pada bulan Mei yang…
Berita Global
  Di dalam penguasaan itu model mana yang paling digemari? Kereta kecil Maruti Suzuki Alto, yang…