Suzuki Jimny 2021 rasmi dilancarkan di Malaysia - harga dari RM168,900

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki Malaysia akhirnya secara rasmi melancarkan SUV off-road Suzuki Jimny generasi keempat yang dinanti-nantikan umum.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Unit import sepenuhnya dari Jepun (CBU) ini didatangkan dengan enjin 1.5 liter petrol yang hanya dipadankan dengan transmisi automatik empat nisbah kelajuan serta sistem pacuan empat roda ALLGRIP PRO yang menampilkan pilihan 4WD dengan transfer case jenis low range, serta fungsi kawalan menurun cerun dan bantuan mula mendaki.
 

Jimny


Dicipta khas untuk keseronokan pemanduan off-road, Jimny menggunakan casis jenis ladder frame, sistem suspensi gandar rigid 3-link, jarak kelegaan tanah 210 mm serta berat sekitar 1,095 kg sahaja.

Ruang kabin Jimny menawarkan konfigurasi sehingga empat tempat duduk pada satu-satu masa, di mana kerusi baris kedua boleh dilipat rata untuk menawarkan ruang kargo sebesar 830 liter.
 

Jimny

 

Antara ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah struktur badan yang direka untuk menyerap hentakan dan mengurangkan kecederaan kepada pejalan kaki, terima kasih kepada teknologi Total Effective Control (TECT).

Selain itu, kestabilan Jimny atas jalan raya disumbangkan oleh ciri Electronic Stability Program (ESP) di mana daya kilas enjin dan brek dilaraskan secara automatik untuk mengurangkan kadar gelinciran tayar terutama ketika jalan raya licin.

Ibu bapa pula boleh menarik nafas lega kerana Jimny turut didatangkan dengan cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak.
 

Jimny


Antara ciri yang didatangkan termasuklah kawalan pendingin hawa digital, stereng balutan kulit, skrin infotainmen dengan sokongan Apple CarPlay, dan juga Bluetooth.

Terdapat sehingga empat warna ditawarkan iaitu Kinetic Yellow, Bluish Black Pearl 3, Jungle Green dan Medium Grey.

Harga jualan bermula dari RM168,900 atas jalan tidak termasuk SST.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…