Suzuki Ignis, SUV ultra kompak di United Kingdom

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sejak jalinan kerjasama Proton dan Suzuki serta pengenalan Ertiga, tiada lagi kelibat model baharu pengeluar Jepun itu di pasaran tempatan.

Jika ada yang terserempak dengan Swift Sport baharu, unit tersebut sebenarnya dibawa masuk oleh pengimport bebas.

Selepas beberapa tahun tidak beroperasi, kenderaan Suzuki dilaporkan bakal ditawarkan semula melalui konglomerat automotif tempatan.

Bercakap mengenai model keluaran Suzuki, ada sebuah model yang tidak kurang hebat iaitu Ignis. Tidak perlu pergi jauh kerana Ignis dijual di pasaran Indonesia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Suzuki Ignis 2020

 

Selain negara jiran, Ignis turut dijual di United Kingdom yang menjadikannya sebagai sebuah model global. 

Satu perkara menarik tentang Ignis ialah terma SUV ultra kompak yang digunakan Suzuki.  

Di UK, Ignis yang dipertingkatkan (facelift) baru sahaja diperkenalkan dengan pembaharuan pada bahagian gayaan dan nadi kuasa. 

Di antara pembaharuan ialah gril depan lima rongga yang juga gayaan baharu SUV Suzuki, under garnish bampar depan dan belakang bentuk trapezoid yang menaikkan lagi karakter SUV dan keunikan Ignis.

 

Suzuki Ignis 2020

 

Juga baharu ialah tiga warna tambahan iaitu Caravan Ivory Pearl Metallic, Rush Yellow Metallic dan Tough Khaki Pearl Metallic.

Bahagian dalaman pula menerima gugusan meter dengan skema warna baharu dan kemasan dan riasan kelabu gunmetal atau biru bagi menyamai balutan kerusi dengan warna masing-masing.

Menggerakkan Ignis ialah enjin K12D 1.2 DUALJET dengan sistem suntikan berkembar baharu.

Enjin kecil itu dipadan bersama sistem hibrid sederhana dengan bateri lithium-ion dipertingkat dari 3Ah kepada 10Ah. 

Pengguna turut ditawarkan dengan transmisi CVT selain lima kelajuan manual.

 

Suzuki Ignis 2020

 

Walaupun bersaiz kecil, kejayaan Ignis membanggakan apabila diiktiraf oleh pihak industri dengan menduduki tangga tiga teratas anugerah Kereta Urban Dunia 2017.

Suzuki Ignis dipertingkatkan mula dijual di UK bermula April 2020 dan berkenaan harga, Suzuki belum mendedahkannya kecuali GBP12,249 (RM66,137) untuk versi terdahulu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin