Suzuki hentikan operasi di Pekan, bakal berpindah ke Tanjung Malim!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Menurut sumber terdekat, Suzuki dikatakan telah menghentikan operasi kilang pengeluaran mereka di Pekan, Pahang dan sedang memindahkan segala kelengkapan ke kilang Proton di Tanjung Malim, Perak. Perkembangan terkini tersebut mungkin permulaan hasil usahasama antara Proton Holdings Berhad dan Suzuki yang telah menandatangani Memorandum Persefahaman dan Perjanjian Perlesenan beberapa bulan lalu. Kami difahamkan bahawa Memorandum Persefahaman tersebut melakarkan rangka kerjasama yang luas dan merangkumi perkongsian teknologi, platform dan berkemungkinan melibatkan pertukaran ekuiti antara dua syarikat tersebut. Suzuki Malaysia Automobiles Sdn Bhd dijangka akan menutup kedai dalam masa terdekat dan Proton akan mengambil alih peranan mereka sebagai pengedar kereta keluaran Suzuki yang ditukar lencana sebagai Proton atau mungkin juga sebagai pemasang secara kontrak. Suzuki-Vitara_2015-d Selepas ini Proton akan memasang, mengedar, menjual, mengambil-alih khidmat selepas jualan dan membekalkan komponen alat ganti. Beberapa model sedang dipertimbangkan untuk menjadi hasil awal, antara yang disebut-sebut adalah model kompak hatchback Celerio, Swift dan MPV Ertiga. Ura-ura juga mengatakan Proton bakal menukar lencana sebuah model SUV Suzuki yang kini dipasang di Hungary. Model tersebut adalah SUV generasi terbaharu Vitara. Buat masa ini belum ada pengesahan dibuat oleh kedua-dua pihak. Bagimanakah rupa model kacukan Suzuki dan Proton tersebut? Nantikan perkembangan selanjutnya di careta.my!