Suzuki henti sementara operasi di Myanmar setelah rampasan kuasa

oleh SALINA JALIL|
Model Swift Suzuki Motor Corp. dipamerkan di Yangon, Myanmar, pada Oktober 2018.
Suzuki Motor Corp telah mengeluarkan satu kenyataan semalam bahawa pihaknya telah menghentikan pengeluaran sementara di dua kilang kenderaannya di Myanmar untuk memastikan keselamatan para pekerjanya setelah rampasan kuasa tentera.


Walaubagaimana beberapa syarikat Jepun yang lain seperti Aeon Co., Denso Corp. masih menilai keadaan semasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Suzuki mengatakan bahawa ia menghentikan pengeluaran pada petang hari Isnin lalu di kilangnya di Yangon di mana 400 pekerja bekerja.


Suzuki yang mempunyai nilai pegangan dagangan 60 peratus daripada penjualan kereta baharu di Myanmar, setelah menjual 13,200 unit pada tahun 2019. Syarikat itu turut mengatakan bahawa mereka masih belum memutuskan bila tarikh penghentian itu akan dibatalkan.


Tentera Myanmar pada hari Isnin lalu telah merampas kuasa dari pemerintah Aung San Suu Kyi yang telah dipilih secara demokratik dan telah ditahan bersama dengan pemimpin-pemimpin partinya yang lain dalam serbuan awal pagi.


Syarikat-syarikat besar Jepun termasuk Kirin Holdings telah melabur di Myanmar sejak parti Suu Kyi memenangi pilihan raya besar-besaran pada tahun 2015 dan menubuhkan pemerintahan kerajaan yang pertama dalam sejarah Myanmar.


Walaupun beberapa pelabur merasa waspada terhadap penganiayaan minoriti Muslim Rohingya, ratusan syarikat Jepun tetap berada di Myanmar kerana tertarik dengan pasaran baru yang berjumlah lebih dari 50 juta orang penduduk.


Terdapat sekitar 400 syarikat Jepun yang menjalankan perniagaan di Myanmar, menurut Organisasi Perdagangan Luar Jepun di mana ia disokong oleh kerajaan pemerintah.


Toyota Motor Corp., yang telah merancang untuk memulakan operasi kilang pengeluaran pertamanya di negara itu pada bulan ini, mengatakan mereka masih sedang "menilai" keadaan sebenar.


Denso pula mengatakan bahawa pihaknya sukar untuk menghubungi kakitangan setelah sambungan telefon dan internet terganggu.


"Kami masih belum dapat menghubungi mereka, jadi kami tidak tahu bagaimana keadaannya," kata seorang jurucakap.

 

 

Japan Times