Ia membawakan reka bentuk hadapan unik yang diinspirasikan daripada reka bentuk jet pejuang menjadikannya satu penawaran yang unik untuk segmennya.
Suzuki GSX-S1000GT dijana dengan enjin empat silinder sebaris 999 cc yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 152 PS @ 11,000 rpm, dan daya kilas 106 Nm @ 9,250 rpm.

Selain dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan dan ciri quickshifter, enjin tersebut turut ditala semula dengan beberapa penambahbaikan telah dibuat seperti sistem kemasukan, aci sesondol ekzos, komponen klac, serta penukaran gear yang lebih baik.
Ia juga turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden Suzuki seperti Suzuki Intelligent Ride System (lima mod tunggangan), kawalan jelajah, Low RPM Assist Easy Start System, serta sokongan aplikasi Suzuki mySPIN.

Aspek tunggangan dibantu dengan sistem suspensi fork hadapan KYB jenis terbalik 43 mm, diikuti suspensi belakang boleh laras, sementara brek pula menggunakan angkup empat omboh Brembo dan sistem ABS dua saluran.
Segala informasi boleh dibaca menerusi skrin paparan TFT berwarna penuh bersaiz 6.5 inci, selain menyokong sambungan kepada peranti pintar dan slot pengecasan USB terbina.

Untuk pasaran Malaysia, terdapat dua pilihan warna iaitu Metallic Triton Blue dan Metallic Reflective Blue.
Harga jualan bermula dari RM85,700, dan setiap pembelian didatangkan dengan sepasang kotak storan sisi dengan ciri quick-release, dan mampu memuatkan helmet bersaiz penuh.