Suzuki GSX-R150, GSX-S150 rasmi dilancarkan - harga dari RM10,289

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa siri teaser didedahkan kepada umum, Suzuki Malaysia akhirnya secara rasmi melancarkan trio model 150 cc, iaitu Suzuki GSX-R150, GSX-S150 dan moped Raider R150 Fi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Suzuki GSX-R150 & Suzuki GSX-S150

Untuk memudahkan pemahaman, GSX-R150 merupakan model dengan reraup penuh, manakala GSX-S150 merupakan kembar dengan rekaan badan naked.

Kedua-dua model GSX-R150 dan GSX-S150 ini banyak menampilkan elemen-elemen yang biasanya didapati pada model GSX-R yang lebih besar sesarannya.

Seperti contoh, enjin 150 cc silinder tunggal sejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 18.9 hp @ 10,500 rpm dan daya kilas 14.0 Nm @ 9,000 rpm itu menggunakan teknologi seperti nisbah bore dan stroke yang dioptimasikan, sistem pancitan bahan api elektronik termaju, diameter badan pendikit yang terbesar dalam kelas 150 cc, serta bahan salutan silinder Suzuki Composite Electrochemical Material (SCEM) yang terbukti dari litar lumba.
 

GSX


GSX-R150 dan GSX-S150 menggunakan transmisi enam kelajuan, dibantu dengan sistem brek cakera bersaiz 290 mm di depan dan 187 mm di belakang.

Selain daripada sistem kemasukan tanpa kunci, Suzuki turut mendatangkan ciri paparan kluster instrumen LCD penuh yang memudahkan paparan informasi penting seperti kedudukan gear, notifikasi servis penyelenggaraan, trip perjalanan, penggunaan bahan api dan sebagainya.

Suzuki GSX-R150 hadir dengan dua warna dan grafik menarik seperti Metallic Triton Blue dan Red Titan Black, sementara GSX-S150 pula boleh didapati dalam warna Aura Yellow/Pearl Brilliant White atau Metallic Triton Blue.

Harga jualan adalah seperti berikut:

GSX-R150 - RM11,329
GSX-S150 - RM10,289

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia berikutan tiga model Suzuki di pasaran India, iaitu GIXXER 250, GIXXER SF250 dan V-Strom SX 250…
Berita Domestik
  Program tersebut juga merupakan inisiatif yang ketujuh dalam siri acara yang dianjurkan setiap…
Pelancaran Motosikal
Kedua-dua model tersebut berkongsi spesifikasi enjin silinder tunggal bersesaran 249 cc SOHC yang…