Suzuki Gixxer SF 250 (2019) dilancarkan di India - harga dari RM10,100

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi memberikan saingan terhadap pasaran motosikal segmen suku liter, Suzuki telah memperkenalkan model terbaharu untuk pasaran India, iaitu Gixxer SF 250 dan bakal berentap dengan Honda CBR250R dan Yamaha Fazer-25.

Gixxer SF 250 didatangkan dengan enjin silinder tunggal 249 cc yang mampu menghasilkan 26.5 PS dan daya kilas 22.6 Nm, selain menampilkan teknologi sejukan Suzuki Oil Cooling System. 
 


Sistem pencahayaan Gixxer SF 250 ini menggunakan LED di bahagian depan dan belakang, manakala sistem paparan digital memberikan bacaan penting kepada penunggang dengan jelas. 

Walaubagaimanapun, sistem lampu membelok masih kekal dengan unit mentol halogen. 
 


Pengendalian motosikal ini diperkemaskan dengan sistem suspensi teleskopik hadapan, penyerap hentak tunggal di belakang serta rim 17 inci yang dibaluti tayar radial 110/70R-17M/C (hadapan) dan 150/60R-17M/C (belakang). 

Dengan kapasiti tangki bahan api sebesar 12 liter, Suzuki Gixxer SF 250 dengan berat 161 kg ini mampu memberikan bacaan penggunaan sekitar 38.5 km untuk setiap liter. 
 


Untuk memberhentikan motosikal ini dengan cemerlang, sistem brek cakera tunggal digunakan di kedua-dua roda dan dibantu oleh ciri brek anti-kunci dua hala. 

Di India, Suzuki Gixxer SF 250 dijual pada harga Rs1.70 lakh (RM10,100).