Suzuki Gixxer SF 155 (2019) - harga bermula dari RM6,500 di India

oleh Mohamad Hanif|

Serentak dengan pelancaran Suzuki Gixxer SF 250, Suzuki juga turut sama melancarkan sebuah lagi motosikal full-fairing yang berkapasiti lebih kecil, iaitu Gixxer SF 155. 

Membawakan rekaan yang sama seperti Gixxer SF 250, Gixxer SF 155 turut didatangkan dengan ciri lampu utama LED dan paparan digital yang telah dikemas kini berlatar belakang warna putih bagi menggantikan warna jingga pada model terdahulu. 
 


Menurut Suzuki, ergonomik tunggangan juga telah ditambah baik dengan ciri handlebar jenis clip-on, pelana berasingan dan juga ekzos tip berkembar. 

Gixxer SF 155 membawakan ciri pengendalian yang hampir serupa seperti abangnya Gixxer SF 250, seperti fork hadapan teleskopik konvensional serta sistem suspensi monoshock di bahagian  belakang. 
 


Namun, jika Gixxer SF 250 didatangkan dengan ciri ABS dua hala, model Gixxer SF 155 pula hanya didatangkan dengan ciri ABS satu hala. 

Memberikan kuasa untuk tunggangan harian ialah enjin 154.9 cc silinder tunggal sejukan udara yang mampu menjana 14.1 PS dan 14 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin 6,000 rpm. 
 


Ia dipadankan dengan transmisi manual lima nisbah kelajuan, manakala tangki bahan api 12 liter mampu memberikan jarak tunggangan sejauh 360 km untuk sekali isian. 

Gixxer SF 155 dijual pada harga Rs1.09 lakh (RM6,500) bersama-sama abangnya Gixxer SF 250 Rs1.70 lakh (bersamaan RM10,100).

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"BCorp mahu menjelaskan bahawa (kenyataan) itu tidak benar," dalam satu kenyataan yang dilaporkan…
Berita Domestik
Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan dijangka akan terbang ke Jepun awal bulan hadapan bagi…
Gaya Hidup
Baru-baru ini, Katana Owners Club Malaysa telahpun menganjurkan 'Ride And Gather The Legend -…