Namun baru-baru ini, pengeluar motosikal Jepun itu telah mendedahkan sebuah video acah menandakan kehadiran semula superbike itu untuk tahun 2021 yang bakal dilancarkan pada 5 Februari ini.
Tipikal video teaser, agak sukar untuk meneka apakah bentuk perubahan yang dibawakan pada Hayabusa baharu ini, namun dalam satu babak Suzuki sengaja memperlihatkan rekaan empat panel meter analog yang digandingkan dengan skrin digital di bahagian tengah.