Di dalam syarikat baharu itu, Suzuki dan Daihatsu masing-masing memegang sebanyak 10 peratus kepentingan, diikuti dengan Isuzu Motors dan Hino Motors (masing-masing 10 peratus), manakala selebihnya dipegang oleh Toyota.
Menurut presiden Toyota, Akio Toyoda menjelaskan, penyertaan Suzuki dan Daihatsu di dalam syarikat usahasama ini membolehkan kami memperluaskan skop kerjasama yang bukan sahaja merangkumi kenderaan komersial, malah kenderaan mini.
"Saya percaya, dengan perkembangan ini kita akan mampu mengorak langkah ke arah masyarakat mobiliti yang lebih baik.
Usahasama yang dinamakan sebagai Commercial Japan Partnership (CJP) ini mempunyai tiga tujuan utama, di mana salah satu daripadanya adalah untuk memperbaiki kadar kecekapan logistik dengan membangunkan infrastruktur berteraskan teknologi terhubung yang mampu membentuk rangkaian antara trak logistik dengan kenderaan komersial mini.
Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk memperkembangkan lagi penggunaan teknologi keselamatan termaju pada kenderaan komersial, serta membentuk bekerjasama dalam membangunkan teknologi elektrifikasi yang berkualiti tinggi dan berpatutan.
Kerjasama ini juga akan turut membawakan penggunaan trenkuasa elektrik sepenuh masa dan trenkuasa hibrid bagi segmen kenderaan kecil serta kenderaan komersial yang menjadi kepakaran Daihatsu dan Suzuki selama ini.