Suzuki, Daihatsu dan Toyota bakal dedahkan prototaip EV van komersial mini

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Suzuki Motor Corporation (Suzuki), Daihatsu Motor Co Ltd (Daihatsu) dan Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memperkenalkan prototaip EV van mini komersial yang dilengkapi dengan sistem BEV dibangunkan bersama.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Pendedahan model prototaip tersebut bakal dibuat pada acara pameran yang memperkenalkan usaha industri automobil untuk mencapai neutraliti karbon (CN), bermula 18 Mei hingga Ahad 21.

 

2

 

Acara pameran itu akan dianjurkan oleh Japan Automobile Manufacturers Association (JAMA), serentak dengan G7 Hiroshima Summit.

Ketiga-tiga syarikat itu bersama-sama membangunkan sistem BEV yang sesuai untuk kenderaan komersial mini dengan menggabungkan kepakaran Suzuki dan Daihatsu dalam mencipta kereta bersaiz kecil dengan teknologi elektrifikasi Toyota.

 

2

 

Daihatsu, Suzuki dan Toyota masing-masing akan mengeluarkan versi mereka sendiri, iaitu Daihatsu dengan nama Hijet, Suzuki dengan nama Every dan Toyota dengan nama Pixis Van.

Walaupun masing-masing akan mengeluarkan versi tersendiri, namun hanya Daihatsu yang akan menghasilkan pengeluaran model tersebut.

 

3

 

Commercial Japan Partnership Technologies Corporation (CJPT) turut mengambil bahagian dalam perancangan untuk mencapai spesifikasi optimum bagi logistik jarak terakhir yang cekap.

EV van komersial mini tersebut dijangka mampu menghasilkan jarak gerak sehingga 200km, dimana pembangunan sedang dijalankan dengan tujuan untuk mencipta kenderaan yang dapat memenuhi sepenuhnya keperluan pelanggan dalam industri penghantaran.

 

Sumber: Global Toyota

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota dan Lexus mencatatkan peningkatan 3 peratus di Eropah terutama di pasaran Itali, Sepanyol…
Berita Global
Model Century SUV itu tidak berkongsi platform yang sama dengan model sedan, sebaliknya menggunakan…
Berita Global
  Terbaru di Texas, Toyota memperkenal Tundra 1794 Special Edition Premium yang dibuat sebanyak 1…