Suzuki berjaya jual 25 juta kei car sejak 1955

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti pengeluar utama global Toyota, Suzuki boleh dikatakan hanyalah pemain berskala kecil sahaja, namun peranan tersebut berubah di tanah air sendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana semenjak pengenalan model pertama kei car Suzulight pada tahun 1955 sehingga 30 April 2021, Suzuki telah berjaya menjual kira-kira 25 juta kei car!

Sebagai makluman, kei car merupakan kelas kenderaan penumpang terkecil di pasaran Jepun dengan pegangan pasaran sekitar 40 peratus.

Disebabkan had saiz, ia memiliki kelebihan seperti pengurangan cukai dan insurans, selain saiznya yang sangat kompak sesuai untuk pemanduan seharian.

 

Suzuki Suzulight


Suzuki mula melancarkan model pertama kei car produksi massa, Suzulight pada Oktober 1955 dan semenjak itu Suzuki berusaha untuk memenuhi keperluan yang meluas di dalam segmen tersebut, termasuklah memperkenalkan model off-road Jimny (1970), hatchback Alto (1979) serta 'wagon' tinggi Suzuki Wagon R (1993).

Kedua-dua Alto dan Wagon R masing-masing merupakan model kei car Suzuki paling laris terjual, di mana Alto telah terjual sebanyak 5.24 juta unit, diikuti Wagon R (4.81 juta unit), Carry (4.67 juta unit), Every (3.25 juta unit), Fronte (1.59 juta unit) dan Spacia (1.01 juta unit).

 

Suzuki Cara. Macam pernah ku lihat tapi di mana ya?


Tidak lengkap identiti Suzuki tanpa kehadiran dua buah kereta sports kei yang cukup comel, iaitu Suzuki Cappucino (gambar utama) dan Suzuki Cara (gambar atas).

Suzuki Cappucino merupakan kereta sports kei FR (enjin depan, pacuan roda belakang) yang hadir dengan enjin tiga silinder sebaris 657 cc dengan output standard 63 hp sahaja.

Sementara Suzuki Cara pula merupakan versi kejuruteraan lencana daripada model Mazda Autozam AZ-1 dan tidak seperti Cappucino, Cara pula merupakan kereta sports kei dengan konfigurasi enjin tengah dan pacuan roda belakang.

Menariknya, model asal Autozam AZ-1 ini menggunakan enjin yang disumberkan daripada Suzuki Carol, iaitu enjin 657 cc turbo yang menghasilkan 63 hp dan 83 Nm.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
Antara model yang dimaksudkan termasuklah Suzuki Ertiga (Toyota Rumion), Suzuki Brezza (Toyota…