Suzuki bakal tamatkan Swift, Jimny LCV di UK - mahu fokus EV

oleh Firdaus Razani|
Suzuki Jimny LCV UK
Suzuki dijangka akan menghentikan pengeluaran model Ignis, Jimny LCV, Swace dan Swift Sport di UK dalam beberapa bulan akan datang apabila jenama itu bersiap sedia untuk melancarkan kereta elektrik pertamanya.

Keputusan itu dibuat oleh kerana mandat kenderaan pelepasan sifar (ZEV) UK, yang memaksa pengeluar untuk menjual EV yang semakin meningkat sepanjang dekad akan datang.

Perkara tersebut dimulakan daripada 22 peratus pada 2024 dan meningkat kepada 28 peratus pada 2025 dan seterusnya 80 peratus pada 2030.

 

ev

 

Pengilang bakal menghadapi penalti £15,000 (hampir RM90,000) untuk setiap kereta ICE yang dijual melebihi kadar yang dibenarkan.

Pengarah Suzuki UK Dale Wyatt berkata: “Pemergian model ini akan memberi ruang kepada EV dan membolehkan kami bersaing dalam tempoh di mana nisbah jualan kami bagi produk hibrid berbanding EV akan memacu perniagaan kami.

"Kami akan keluar dari era ICE dengan tumpuan pada SUV dan Swift baharu, kemudian bermula pada separuh kedua 2025, kami akan memulakan tempoh pertumbuhan EV." tambahnya

 

Suzuki Swift Sport UK

Komen beliau mencadangkan bahawa hot hatch Swift Sport, yang telah dijual sejak 2006, tidak akan kembali dalam generasi model ini.

Suzuki UK menambah bahawa model tersebut boleh berakhir dari bilik pamerannya "lebih awal daripada awal 2025 jika stok peniaga habis".

Perubahan itu bermakna bahawa satu-satunya kereta berenjin petrol yang tinggal dalam barisan UK jenama Jepun itu ialah Swift, Vitara, S-Cross dan Across.

Ia meramalkan jumlah jualan yang sama untuk tahun ini seperti pada 2023.

Menurut angka dari Persatuan Pengilang dan Peniaga Motor, ia menjual 26,574 kereta tahun lepas, meningkat kepada 17,378 pada 2022.

 

Suzuki EVX

Suzuki telah pun memberikan bayangan awal pada EV pertamanya dengan konsep eVX, bersaiz kira-kira antara S-Cross dan Vitara.

Ia mempunyai bateri 60kWh yang didakwa menghasilkan julat 550km.

 

SUMBER : AutoCarUK

Berita Berkenaan

Berita Global
Suzuki UK telah melancarkan edisi khas kepada supermini Suzuki Swift yang digelar sebagai Swift…
Berita Global
Dan untuk menjadikan cerita lebih sensasi, terdapat beberapa pengedar di UK terpaksa menghentikan…