Suzuki bakal jual kereta hibrid Toyota di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua syarikat gergasi dari Jepun, Suzuki dan Toyota mengumumkan kerjasama yang membolehkan keduanya berkongsi kepakaran di dalam arena kereta hibrid dan kereta kompak pada skala global. 

Memorandum yang ditandatangani itu kini jelas menyebut Toyota bakal berkongsi kepakaran mereka di dalam teknologi elektrifikasi trenkuasa (Toyota Hybrid System, THS), manakala Suzuki pula bakal menggunakan pengalaman mereka dalam teknologi kereta kompak. 

Ini bermakna, Suzuki bakal menjual (baca:rebadge) model-model hibrid seperti RAV4 dan Corolla Wagon untuk pasaran Eropah.

 


Manakala Toyota pula bakal mendapat bekalan enjin berteknologi terkini daripada Suzuki untuk kegunaan kenderaan kompak, dan ia bakal dipasang di fasiliti Toyota di Poland. 

Tidak terhad kepada pasaran Eropah, Toyota dan Suzuki juga bakal membangunkan model hibrid yang dikhaskan untuk pasaran India. 

Untuk pasaran Afrika pula, Toyota bakal mendapatkan model-model yang dibangunkan secara tempatan seperti Ciaz dan Ertiga serta model-model kompak yang lain. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jalinan kerjasama itu akan memanfaatkan komuniti luasnya yang mempunyai lebih 1.1 bilion peminat…
Berita Domestik
Secara bersama, program itu bertujuan menukar 80,000 rakan kongsi pemandu dan rakan penghantaran…
Berita Domestik
"Terdapat lebih daripada sektor EV yang akan kita bincangkan dalam potensi kerjasama ini. "Apa…