Suzuki bakal bina kilang baharu di Myanmar

oleh Mohamad Hanif|
Sementara kita masih menanti-nantikan kehadiran kembali Suzuki ke tanah air, jenama dari Jepun itu kini merancang untuk meningkatkan kapasiti produksinya menerusi pembinaan kilang baharu di Myanmar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kilang baharu yang terletak di Thilawa Special Economic Zone itu bakal memiliki kapasiti pengeluaran sehingga 40,000 unit setahun dan bakal beroperasi bermula September 2021.

Sebelum ini, Suzuki Motor Corporation memasang kenderaan secara semi-knocked down (SKD) dibawah nama Suzuki Thilawa Motor Co. Ltd.

Dengan pembinaan kilang baharu berkeluasan 42 ribu meter persegi ini, Suzuki Myanmar akan mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk memasang kenderaan secara complete knock down (CKD) termasuklah kilang kimpalan, dan juga kilang mengecat dengan kos sekitar 12 billion yen.

Suzuki memasuki pasaran Myanmar semenjak tahun 1998 menerusi satu kerjasama dengan kerajaan dan memulakan pemasangan motosikal dan kereta pada tahun 1999.

Untuk pengetahuan, tahun lalu Suzuki berjaya menguasai 60.3 peratus pasaran kenderaan baharu di Myanmar, dengan kadar jualan 13,206 unit

Manakala produksi kenderaan pula mencecah angka 13,300 unit untuk tempoh yang sama.

Suzuki Myanmar kini memasang model-model Carry, Ciaz, Ertiga dan juga Swift menerusi kilang pemasangan di South Dagon dan juga Thilawa SEZ.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…