Suzuki baik pulih motosikal legenda Barry Sheene - Juara Perlumbaan Motosikal Grand Prix 1976

oleh Muhammad Md Tajudin|
Suzuki baik pulih motosikal legenda Barry Sheene
Suzuki baik pulih motosikal legenda Barry Sheene
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Barry Sheene adalah pelumba legenda dan beliau telah memenangi Kejuaraan Motosikal Grand Prix Dunia pada tahun 1976 dengan menunggang motosikal Suzuki XR14. Beliau adalah individu yang hebat memandangkan tidak ada pelumba dari Britain lain yang berjaya mengulangi kejayaannya sehinggalah dileburkan oleh Danny Kent pada 2015 dalam kategori Moto3. 

Bagi mengimbas kembali dan menghargai beliau, Suzuki telah membaik pulih motosikal kemenangan XR14.

Lebih manis, kerja-kerja baik pulih telah dilakukan oleh Martyn Ogborne yang pernah berkhidmat dengan Pasukan Suzuki pada era 70 an dan merupakan juruteknik perlumbaan Barry Sheene. Martyn tetapi setia dengan Suzuki GB dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Teknikal sebelum bersara pada tahun lepas.

 

Suzuki baik pulih motosikal legenda Barry Sheene

 

Turut terlibat dalam projek baik pulih ini ialah seorang lagi 'otai iaitu Nigel Everett yang merupakan juruteknik perlumbaan GP dari 1975 dan mula berkhidmat dengan Suzuki sejak 1982.

Motosikal yang dibaik pulih itu sebenarnya masih disimpan oleh keluarga Sheene dan ia telah diterbangkan ke UK pada tahun 2016 sebagai sebahagian daripada program sambutan Suzuki sempena meraikan ulang tahun kemenangan yang ke 40.

Selepas dipamerkan pada acara Motorcycle Live pada tahun lepas, Suzuki dan keluarga Sheene mengambil keputusan untuk memulakan kerja-kerja baik pulih motosikal itu.

Projek baik pulih itu disokong oleh Suzuki Vintage Parts Programme yang sehingga hari ini masih mempunyai dan membekalkan alat ganti asli buat mereka yang mahu membaik pulih motosikal Suzuki.

 

Suzuki baik pulih motosikal legenda Barry Sheene

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
Antara model yang dimaksudkan termasuklah Suzuki Ertiga (Toyota Rumion), Suzuki Brezza (Toyota…