Ini bermakna, Jimny generasi ketiga bertindak sebagai satu alternatif yang lebih murah untuk mereka yang merasakan Jimny generasi keempat terlalu mahal.
Namun disebabkan oleh regulasi yang semakin ketat, Suzuki akhirnya menamatkan produksi model lama tersebut baru-baru ini.

Bermula dari tahun 1997, produksi Jimny generasi ketiga bertahan sehingga tahun 2018 terima kasih kepada beberapa model kemaskini yang diperkenalkan sebelum ia digantikan dengan model generasi baharu.
Disebabkan permintaan yang masih lagi wujud Brazil, Suzuki membuat keputusan untuk meneruskan produksi model generasi ketiga itu di kilang Anapolis dan Catalao sehingga tahun ini.

Penamatan produksi tersebut adalah disebabkan oleh pelaksanaan undang-undang emisi bahru yang memerlukan pihak Suzuki menaiktaraf enjin lama serta penambahan sistem elektronik yang lebih moden.
Untuk sebuah model volum rendah, pelaburan terhadap Jimny yang berusia 25 tahun tersebut dilihat tidak berbaloi bagi Suzuki. Jadi, lebih mudah untuk terus menghentikan produksi Jimny tersebut.

Harga jualan Suzuki Jimny generasi ketiga bermula dari R$111,990 (RM97,380) hingga R$137,990 (RM119,988) untuk versi Jimny Forest yang lengkap dengan bermacam kelengkapan off-road.
Namun, sebagai perbandingan harga jualan tersebut adalah jauh lebih murah berbanding Jimny generasi baharu dengan tanda harga R$156,990 (RM136,510).