Suzuka Drift Challenge memang panas!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sekali lagi Suzuka Drift Challenge menggamatkan perkarangan Stadium Batu Kawan P. Pinang pada 8 dan 9 April lalu. Acara drift kali ini hanya sebagai acara sokongan bagi Karnival Usahawan Permotoran Pulau Pinang namun tumpuan pengunjung lebih kepada acara ini. TOM_5683 TOM_5713 Lebih dari 20 peserta yang mengambil bahagian dalam kategori Expert dan juga Novice dengan pelbagai jenis jentera yang penuh dengan kuasa kuda. Suzuka Lubricants Malaysia telah menjemput Tengku Djan Ley (Prince of Drift Malaysia) dan Tan Tat Wei sebagai juri professional bagi mengadili pertandingan ini. TOM_4992 TOM_5108 Apa yang menarik kali ini, MP Lembah Pantai iaitu YB Nurul Izzah Anwar turut merasakan pengalaman untuk berada di dalam jentera drift. Pujian juga harus diberikan kepada para pengunjung yang hadir kerana ada yang tidak berganjak walaupun suhu hamper mencecah 40 °C. Dari pusingan kelayakan, penyingkiran demi penyingkiran di lakukan dan hanya empat jentera yang layak untuk ke peringkat akhir. TOM_5141 TOM_5289 Tahniah kepada Amirul Dubai selaku juara, Farhan Baharom (2nd), Lee Mun Hung (3rd) dan Nasriq bagi kategori Expert. Dalam kategori Novice pula, kejuaraan milik Amirul Jebat, Sky Ho dan ketiga Rosly Ayob. Tahniah kepada semua peserta dan jumpa anda di Suzuka Drift Challenge Kuala Lumpur pada bulan Mei nanti. Terima kasih *Laporan oleh Tomalique [gallery size="medium" ids="27870,27871,27872,27873,27874,27875,27876,27877,27878,27879,27880,27881,27882,27883,27884,27885,27886,27887,27888,27889,27890,27891,27892,27893,27894,27895,27896,27897,27898,27899,27900,27901,27902,27903,27904,27905,27906,27907,27908,27909,27910,27911,27912,27913,27914,27915,27916,27917,27918,27919,27920,27921,27922,27923,27924,27925,27926,27927,27928"]