SUV tiga baris tempat duduk, Mazda CX-8 buat kemunculan awal di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tentu ramai yang tertanya-tanya perihal SUV tiga baris tempat duduk yang dipertontonkan oleh Mazda Malaysia baru-baru ini, Mazda CX-8.

Di Jepun, CX-8 sebenarnya merupakan model yang paling premium dijual di sana memandangkan mereka tidak menjual model CX-9, crossover SUV saiz penuh yang lebih besar. 

Secara kasarnya, Mazda CX-8 memiliki dimensi yang hampir sama seperti Mazda CX-5 namun dengan jarak roda yang lebih panjang (long wheelbase) dan didatangkan dengan tiga baris tempat duduk. 
 


Mengikut spesifikasi, Mazda CX-8 boleh dikonfigurasikan kepada minimum enam tempat duduk (kerusi kapten di baris tengah) sehinggalah kepada konfigurasi tujuh tempat duduk, sesuai untuk digunakan oleh keluarga masa kini. 

Dari segi enjin pula, terdapat tiga pilihan yang ditawarkan, iaitu 2.2 liter diesel Skyactiv-D, 2.5 liter SkyActiv-G daripada CX-5 dan enjin turbo 2.5 liter SkyActiv-G yang diperoleh daripada abang besarnya CX-9.

Namun, di Malaysia, Mazda CX-8 akan ditawarkan dengan dua pilihan enjin sahaja, iaitu 2.2 liter SkyActiv-D (188 hp/450 Nm) dengan pacuan semua roda dan enjin 2.5 liter SkyActiv-G (192 hp/257 Nm) yang memacu roda hadapan sahaja.
 


Empat varian bakal ditawarkan dan kesemuanya digandingkan dengan transmisi automatik SkyActiv-Drive dengan enam nisbah kelajuan. 

Peralatan standard pula terdiri daripada:

  • rim aloi 19 inci
  • lampu LED automatik
  • lampu kabut LED
  • lampu belakang LED
  • sistem kemasukan tanpa kunci
  • kawalan iklim tiga zon
  • kerusi pemandu dengan 10 tetapan fungsi
  • sistem MZD Connect 
  • enam beg udara
  • Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC)
  • ABS, EBD dan Bantuan Brek
  • Kawalan Cengkaman
  • Bantuan Mula Mendaki (HLA)
     


Hanya satu varian asas sahaja yang mempunyai konfigurasi tujuh tempat duduk, manakala varian yang lain didatangkan dengan kerusi kapten pada baris kedua dengan kemasan fabrik.

Dua varian yang lebih premium pula lebih eksklusif dengan balutan upholsteri kulit dan konsol tengah perehat tangan di baris kedua.
 


Mazda CX-8 bakal diproduksikan secara tempatan (CKD) di Kulim, Kedah dengan perancangan untuk mengeksport model tersebut untuk pasaran di dalam rantau Asia Tenggara. 

Harga jualan tentatif pula masih tidak didedahkan secara rasmi oleh Mazda Malaysia. 

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Kalau dulu kita ada Innova yang menjadi pilihan geng ustaz/ustazah, kini rakyat Malaysia boleh…
Telah Diuji
Ditawarkan dengan 4 varian, harga bagi Proton X90 bermula dari RM123,800 untuk varian Standard,…
Berita Global
Hyundai Santa Fe 2024 dijangka akan mula dijual di pasaran Amerika Syarikat pada separuh pertama…