SUV segmen B Perodua (D55L) mungkin tiba separuh kedua tahun 2020

oleh Mohamad Hanif|
Menurut satu laporan terbaharu daripada Malaysian Industrial Development Finance (MIDF), Perodua dilaporkan bakal melancarkan SUV segmen-B baharu dengan kod nama D55L menjelang separuh kedua tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

SUV D55L itu bakal diposisikan di bawah Aruz dan menjadi model kedua yang dilancarkan selepas Perodua Bezza facelift yang baharu sahaja dilancarkan awal tahun yang lalu. 

Sebagai perbandingan, harga jualan Perodua Aruz bermula dari RM72,900 sehinggalah RM77,900.

Difahamkan Perodua bakal menggunakan platform Toyota Raize/Daihatsu Rocky di mana untuk pasaran Jepun, ia hadir dengan enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo menghasilkan 97 hp dan 140 Nm.

Transmisi pula adalah jenis D-CVT yang mampu memberikan pulangan bacaan bahan api serendah 5.4 liter/100 km.

Namun, Perodua seperti biasa masih lagi berahsia berkenaan informasi enjin dan transmisi untuk SUV D55L ini. 

Jika di Jepun, harga jualan Toyota Raize bermula dari RM63,716, jadi kami menganggarkan harga jualan Perodua D55L ini tidak akan lari jauh daripada julat melebihi harga Perodua Aruz.

Sumber gambar: Automachi
Sumber: The Edge

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…