SUV SEGMEN-B BAKAL RANCAK DENGAN KEHADIRAN PERODUA D66B DAN TOYOTA YARIS CROSS PADA APRIL INI

oleh Firdaus Razani|
Dijangkakan pada April tahun ini, pasaran SUV segmen-B bakal dirancakkan dengan kehadiran dua model baharu iaitu Toyota Yaris Cross dan Perodua D66B.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Penganalisis Kenanga Research, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz, mendedahkan kehadiran Sime Darby dalam pasaran automotif tempatan akan diperluaskan ke pasaran pertengahan menerusi jenama Toyota dan pasaran mampu milik melalui Perodua.

Perkara tersebut berlaku selepas Sime Darby Bhd mengambilalih pegangan dalam UMW Holdings Bhd (UMW Holdings).

"Sime Darby berkemungkinan mendapat manfaat daripada pelancaran baharu Perodua D66B dan Toyota Yaris Cross yang dijangka diperkenalkan menjelang April ini," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Sehingga kini Perodua dan Toyota masih belum memberikan sebarang perincian rasmi berkenaan SUV tersebut.

 

yaris

 

Toyota Yaris Cross pertama kali diperkenalkan di Indonesia pada Jun tahun lalu, dan ia merupakan SUV segmen-B yang dihasilkan dari platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Jika di Indonesia, versi standard Yaris Cross, ia dipadankan dengan enjin 1.5 liter NA, sama seperti enjin yang terdapat pada Alza, Myvi facelift dan Vios.

SUV tersebut turut ditawarkan dalam versi 1.5L dengan sistem hibrid penuh sebagai versi tertinggi untuk model itu.

Manakala untuk Perodua D66B yang akan datang ini, masih tiada maklumat perincian rasmi diumumkan, namun model yang sedang dibangunkan Perodua itu dikatakan merupakan asas kepada Yaris Cross.

perodua

Kini pelbagai pihak telah mengelarkan SUV Perodua D66B ini sebagai Perodua Nexis selepas nama tersebut telah didaftarkan oleh Perodua di MyIPO.

Dijangkakan SUV baharu Perodua ini bakal menjadi model hibrid pertama yang ditawarkan oleh Perodua, sejajar dengan pengumuman Perodua bahawa akan memperkenalkan model hibrid pertama pada 2024.

 

SUMBER : BeritaHarian, Paultan