SUV pertama Aston Martin bantu lonjak jualan 200%

oleh HEZERI SAMSURI|
Model SUV pertama Aston Martin, DBX muncul sebagai penyelamat syarikat Inggeris tersebut kerana kuantiti jualan yang melonjak naik.

Menurut Aston Martin, jualan DBX menyebabkan prestasi jualan jenama itu naik sebanyak 224 peratus.

Lebih separuh dari jumlah jualan kenderaan Aston Martin sebanyak 2,901 unit dari Januari ke Jun tahun ini adalah dari model DBX.

DBX dilancarkan pada bulan Julai tahun 2020 dan membuka pasaran baharu untuk Aston Martin.

Resipi SUV ini memang terbukti kerana selain dari Aston Martin, Lamborghini, Bentley dan Rolls Royce juga mengecap jualan yang menarik dari genre tersebut.

Sekarang kita tunggu pula SUV dari jenama kuda Itali - Ferrari.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam satu cubaan, Aston Martin Bulldog telah berjaya mencapai kelajuan tertinggi 307 km/j (191…
Berita Global
Model 'super grand tourer' DB12 itu dilihat menampilkan beberapa pembaharuan terutama pada bahagian…
Berita Global
Bercakap kepada Financial Times, Stroll menjelaskan, "Ada satu ungkapan, dan saya tidak percaya…