SUV off-road elektrik Munro MK_1 muncul secara rasmi 5 Disember ini

oleh Mohamad Hanif|
Selepas Land Rover membuat keputusan untuk melancarkan Defender generasi baharu, terdapat beberapa pihak yang cuba untuk membangkitkan kembali rekaan Defender lama yang ikonik itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seperti contoh, Ineos Automotive menerusi model SUV Ineos Grenadier dan yang terbaharu datang dari syarikat Munro Vehicles.
 

Munro


Tidak seperti Ineos Grenadier, Munro merancang untuk memperkenalkan SUV  MK_1 pada 5 Disember ini yang disifatkan sebagai "4x4 elektrik yang paling berkeupayaan di dunia".

Spesifikasi lanjut hanya akan diumumkan bulan depan, namun MK_1 ini dijangka akan menampilkan sistem pacuan empat roda, pek bateri 80.1 kWh dan motor elektrik yang mampu menjana kuasas 376 hp dan 700 Nm.
 

Munro


Secara teori, SUV elektrik ini mampu bergerak sejauh 270 km, dan disokong dengan pengecasan pantas DC 100 kW yang membolehkan bateri dicas dari 15-80 peratus dalam masa 36 minit.

Pengecasan bateri (15-100 peratus) di rumah pula boleh memakan masa 3 jam dengan menggunakan pengecas Tahap 2.
 

munro


Selain itu, MK_1 turut menampilkan binaan badan body-on-frame, transfer case dua kelajuan, gandar solid, differential tengah, serta keupayaan untuk membawa muatan 1,000 kg dan menunda sehingga 3,500 kg.

MK_1 menjanjikan sudut pendekatan sebesar 88 darjah dan sudut pelepasan 70 darjah untuk pengendalian di laluan off-road.

Produksi MK_1 akan bermula menjelang tahun depan dalam unit terhad.
 

Munro


Selepas berpindah ke fasiliti baharu pada tahun 2024, angka produksi akan dinaikkan kepada 250 unit setahun, dan sehingga 2,500 unit setahun menjelang 2027.