SUV Macan, Cayenne kuasai dua pertiga jumlah jualan SUV Porsche 2018

oleh Mohamad Hanif|
Kita sudah pun melihat jumlah jualan yang dicatatkan oleh Lamborghini menerusi penjualan SUV Urus yang berkuasa tinggi itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kita beralih sebentar kepada jenama yang berasal daripada Stuttgart, di mana Porsche juga sebenarnya mencatatkan peningkatan jumlah jualan global bagi tahun 2018.

Secara faktanya, Porsche berjaya meraih jumlah keseluruhan sebanyak 256,255 unit jualan dan daripada jumlah tersebut, dua pertiga daripadanya adalah disumbangkan oleh SUV Macan dan Cayenne. 

Menurut Porsche, walaupun jualan Macan turun 11% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, ia masih dinobatkan sebagai SUV Porsche yang paling laris, diikuti oleh Porsche Cayenne (peningkatan sebanyak 12%). 
 


Manakala model-model Porsche lain masih lagi kukuh di pasaran seperti 

  • 911 - 35,573 unit (naik 10%)
  • Panamera - 38,443 unit (naik 38%)
  • 718 Boxster/Cayman - 24,750 unit (turun 1%)

Pasaran China ketika ini merupakan penyumbang terbesar dengan jumlah jualan setinggi 80,108 unit, peningkatan sebanyak 12% diikuti oleh pasaran USA sebanyak 57,202 unit (naik tiga peratus).