SUV Lotus Lambda bakal hadir 2022 - 750 kuasa kuda, jarak operasi 580 km, Made in China!

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Autocar
Salah satu model yang sedang menanti saat kemunculan rasminya selepas hypercar elektrik Lotus Evija adalah SUV pertama dari Lotus, dan ia bakal menjadi satu model cashcow yang cukup penting untuk syarikat British tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laporan terkini daripada Autocar mendedahkan beberapa perincian menarik berkenaan SUV yang digelar dengan nama "Lambda" itu.

Ini kerana pada awalnya, Lotus Lambda diberitakan bakal menggunakan trenkuasa hibrid, namun cadangan itu dilupuskan sama sekali bagi memberikan laluan kepada trenkuasa elektrik sepenuh masa.

Resipi caris Lotus ringan yang sekian lama diwarisi dari Colin Chapman akan turut ditekankan pada pembinaan SUV ini, di mana Lotus mensasarkan berat di bawah julat 2,000 kg mengambil kira berat trenkuasa elektrik yang bakal dimuatkan.

Selain daripada itu, SUV Lambda ini dijangka akan menggunakan platform Sustainable Experience Architecture dari Geely dengan konfigurasi dua motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa 600 hp dalam versi asas dan 750 hp untuk varian yang lebih tinggi.

Menurut Autocar lagi, kapasiti pek bateri tidak diketahui, namun ia mampu membenarkan jarak operasi sejauh 580 km berdasarkan kiraan data WLTP.

Lotus Lambda serba baharu ini dijadualkan pelancarannya menjelang tahun 2022, manakala fasa penjualannya pula akan berlangsung tahun berikutnya.

Difahamkan, SUV pertama Lotus ini akan dibina di kilang baharu bertempat di Wuhan di mana Geely mensasarkan produksi sebanyak 150,000 unit kenderaan setahun.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
SUV pertama Lotus ini digelar sebagai Lambda, menjadikan model pertama Lotus yang tidak dimulakan…