SUV Lotus bakal muncul tak lama lagi - pesaing Porsche Cayenne Coupe!

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Motor1
Lotus nampaknya sudah bersedia untuk menggoncang pasaran SUV menerusi pengenalan model pertama mereka menjelang akhir tahun 2020, menurut sesetengah laporan media.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

SUV pertama Lotus ini digelar sebagai Lambda, menjadikan model pertama Lotus yang tidak dimulakan dengan huruf E.

Menurut laporan daripada AutoWeek, SUV pertama Lotus berkongsi platform SPA Volvo yang turut sama digunakan untuk model-model seperti XC90, XC60, S90 dan juga S60.

Difahamkan, Lotus Lambda ini bakal bersaing di dalam satu segmen dengan Porsche Cayenne Coupe, dan BMW X6 berdasarkan imej paten yang memaparkan bentuk SUV coupe dengan garis bumbung fastback.
 

 

sumber: Autocar


Dengan menggunakan platform SPA, ia membenarkan Lotus untuk menawarkan pelbagai jenis trenkuasa seperti enjin petrol dengan induksi paksaan dan opsyen plug-in hybrid.

Disebabkan platform SPA tidak direka untuk memuatkan enjin yang lebih besar (enam atau lapan silinder), opsyen elektrifikasi trenkuasa adalah jalan yang lebih pantas untuk para jurutera menawarkan lebih prestasi pada SUV Lotus itu.

Tidak seperti model Lotus yang lain, Lotus Lambda akan dipasang di Wuhan, China menjelang akhir tahun ini.

Laporan terdahulu mencadangkan SUV pertama Lotus ini bakal menjadi yang terpantas, dan lincah di dalam segmennya, dan tidak ketinggalan bagaimana Lotus mahu menerapkan kejuruteraan ride & handling yang menjadi identiti syarikat yang kini dimiliki oleh Geely itu.

Sumber: AutoWeek

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Domestik
Harga bermula dari RM200,700 untuk Model Y, RM247,700 untuk Model Y Long Range dan RM289,700 bagi…