SUV Lexus RX300 F Sport 'dilarikan' dari pusat servis

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Seorang pemilik buntu dan hairan memikirkan bagaimana kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya yang dihantar ke sebuah pusat servis kenderaan di Ayer Keroh di Melaka untuk diselenggara secara berjadual hilang pada 25 Ogos lalu.


Tay Han Sin, 49, berkata, sebelum kejadian, dia menghantar kenderaan jenis model Lexus RX300 F Sport yang dimiliki enam bulan yang lalu untuk diselenggara untuk kali kedua di pusat servis berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bagaimanapun katanya, beberapa jam kemudian dia dimaklumkan bahawa kenderaan miliknya telah dibawa keluar oleh individu lain setelah selesai diselenggara menurut laporan dari Utusan Malaysia hari ini (Isnin).


Satu sidang akhbar telah diadakan bersama Pengerusi Pusat Pengaduan Awam MCA Melaka, Dennis Lee Han Lim bersama wakil pusat servis itu di Ayer Keroh yang menyatakan bahawa semakan dari kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali telah mengambil kunci kenderaan pemilik.


Pemilik kenderaan Han Sin berkata dia baru saja menggunakan SUV tersebut sejak enam bulan  dahulu dan kini dibebani dengan ansuran bulanan lebih RM2,000 sebulan sedangkan kenderaan itu masih belum dijumpai.


"Walaupun syarikat tersebut membantu sedikit tetapi saya kecewa kenderaan itu hilang ketika mendapatkan perkhidmatan di premis berkenaan," katanya lagi.


Sementara itu, Dennis Lee berkata, masalah tersebut dipanjangkan kepadanya setelah mangsa menunggu selama sebulan, namun belum ada sebarang perkembangan positif mengenai kehilangan kenderaan itu.


Katanya, pihak terbabit memberitahu proses untuk menyelesaikan isu berkenaan akan mengambil sedikit masa.


"Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan dan membabitkan pelbagai pihak termasuk polis.

 

 

 

Utusan

Berita Berkenaan

Pelancaran
Senarai aksesori tersebut dimulakan dengan panel tambahan underbody yang memberikan perlindungan…