SUV Landwind baharu tiada sebarang elemen Range Rover Evoque

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingatkah anda pada jenama automotif dari China, Landwind yang didapati tanpa segan silu meniru rekaan Range Rover Evoque pada SUV Landwind X7 mereka? (bukan X70 ya.)
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, pada SUV baharu keluaran Landwind, mereka tidak lagi meniru bulat-bulat apa yang ada pada Range Rover, sebaliknya Landwind hadir dengan rekaan tersendiri. 
 


Kita mulakan pada bahagian hadapan, dengan rekaan lampu nyalaan siang pada bahagian atas, dan gril bersaiz gergasi di tengah diapit dengan kelongsong lampu utama yang sudah menjadi kelaziman rekaan SUV baharu masa kini.

Sementara pada bahagian dalaman pula boleh dilihat penggunaan stereng flat-bottom, tempat duduk balutan kulit dua tona, kemasan warna perak menghiasi ruang tersebut dan diakhiri dengan rekaan papan pemuka ala-ala Kia/Hyundai.
 


Mungkin agaknya para pereka Landwind sudah mula bosan dengan Range Rover, dan mereka beralih pula kepada Kia/Hyundai yang nampak lebih kontemporari?

Jika difikirkan kembali, bukankah rupa hadapan tersebut mengingatkan kita kepada Hyundai Palisade?