SUV kompak Suzuki S-Presso bakal dilancarkan di Indonesia

oleh HEZERI SAMSURI|
Dengan pasaran domestik yang besar dan keupayaan membeli yang semakin kuat, Indonesia kini makin kerap menerima model-model yang menarik.

Bakal hadir di pasaran negara jiran itu ialah SUV kompak dari Suzuki, S-Presso. Setelah berjaya di India sejak tahun 2019, nampaknya Suzuki bakal memperkenalkannya di Indonesia pula.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Segmen SUV kompak di sana memang sudah meriah dengan kehadiran Renault Kwid, Kia Sonet, Toyota Raize dan Daihatsu Rocky (Perodua Ativa).

Suzuki dengan nama kopi ini menggunakan enjin 3-silinder 1.0L dengan 67 hp dan 90 Nm. Harganya belum ditentukan lagi tetapi harga Daihatsu Rocky di sana bermula dari Rp178,900,000 atau RM52,800 untuk varian paling rendah (enjin 1.2L tanpa turbo dan transmisi manual).

Suzuki Malaysia masih tidak ada perancangan untuk memasang kenderaan secara tempatan. Ini bermakna sedikit sukar untuk mendapatkan model-model dengan harga mampu seperti S-Presso ini.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…