SUV kompak dari Tan Chong?

oleh HEZERI SAMSURI|
Dalam masa pasaran kenderaan tempatan sedang rancak menuju ke arah kenderaan gaya hidup atau lifestyle, masing-masing mahukan sebuah SUV di dalam rangkaian produk mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Careta mendengar perkhabaran bahawa Kumpulan Tan Chong juga mahukan sebuah crossover kompak untuk menyaingi seteru mereka dari Honda dengan BR-V dan dari Mazda dengan CX-3.

UMW Toyota sudah awal-awal mengumumkan CH-R akan muncul tahun hadapan, walaupun Careta rasa pengumuman itu terlalu awal dan model itu sudah nampak sedikit berusia.

Dalam senyap-senyap, rakan-rakan dari Tan Chong diberitakan sedang dalam proses untuk menghasilkan sebuah crossover kompak baharu. Dari sumber Careta, ianya berdasarkan model Dacia Duster, yang juga dijual sebagai Renault dan Nissan. 

Dacia ialah jenama kumpulan Renault-Nissan Alliance untuk pasaran Eropah Timur. SUV baharu ini, masih belum diketahui akan dijual oleh Nissan atau Renault kerana kedua-duanya dimiliki oleh kumpulan yang sama. Cuma Renault sudah mempunyai sebuah SUV kompak yang funky dan menarik - Renault Captur dengan enjin 1.2L Turbo.

Tan Chong juga dikatakan mempunyai sebuah kilang pemasangan kenderaan yang baharu di Shah Alam, untuk memasang kenderaan-kenderaan komersil seperti van dan lain-lain.

Jika ini benar, syabas kerana Tan Chong sudah lama menyepikan diri. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Domestik
Harga bermula dari RM200,700 untuk Model Y, RM247,700 untuk Model Y Long Range dan RM289,700 bagi…