SUV EV baharu Toyota BZ, guna platform e-TNGA hasil kerjasama dengan Subaru!

oleh Mohamad Hanif|
Bak kata pepatah, biar lambat, asalkan selamat, dan ertikata selamat ini membawa maksud teknologi yang bakal dibawakan itu benar-benar terbukti berkesan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Itulah yang mungkin cuba diperlihatkan oleh Toyota menerusi pengenalan sebuah model SUV saiz pertengahan berkuasa elektrik digelar sebagai BZ (Beyond Zero) yang bakal dibangunkan atas platform baharu e-TNGA.

Platform baharu yang dikhususkan untuk kenderaan elektrik itu dibangunkan bersama Subaru - pakar di dalam penghasilan kereta pacuan semua roda - dan model global pertama itu akan diproduksikan di Jepun.

 


Menurut satu temubual yang dijalankan oleh Autocar, ketua pembangunan produk Toyota Eropah Andrea Carlucci menjelaskan model EV pertama ini akan mempunyai pengaruh Eropah di dalam rekaan dan DNA-nya.

Sementara itu, laporan daripada Auto Express memetik kata-kata  naib Presiden Toyota Eropah Matt Harrison, "SUV Elektrik Toyota BZ mempunyai saiz yang menyamai dimensi SUV Toyota RAV4, jadi para pembeli mempunyai pilihan untuk mendapatkan model PHEV (RAV4) atau model sifar emisi (BZ).

 


SUV saiz pertengahan ini akan diperkenalkan pada tahun 2021, dan bakal bersaing secara terus dengan model-model seperti Volkswagen ID.4 dan Nissan Ariya, serta produk EV Subaru yang digelar sebagai Evoltis.

Selain SUV Toyota ini, platform e-TNGA akan digunakan untuk membangunkan enam model termasuklah crossover kompak (kolaborasi dengan Suzuki), crossover saiz pertengahan, SUV saiz besar, sedan dan juga minivan.

Kesemua model ini akan membawakan nama yang berbeza bagi membezakannya dengan model konvensional Toyota sedia ada.

 


Malah dalam masa yang sama, divisyen mewah Lexus turut sama memperlihatkan gambar teaser SUV baharu berkuasa elektrik yang membawakan beberapa ciri tersendiri.

Seperti contoh, gril hadapan spindle yang menjadi kelaziman model Lexus kini tidak lagi mempunyai liang kemasukan udara, diikuti dengan kehadiran logo hadapan yang berlampu.

Sistem pacuan semua roda yang bakal digunakan oleh Lexus dinamakan sebagai DIRECT4, di mana sistem ini terdiri daripada dua unit motor elektrik (satu untuk setiap gandar), serta dibantu dengan perisian yang membenarkan pengagihan kuasa dan daya kilas bergantung kepada dinamik pemanduan yang digunakan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…