SUV elektrik VW ID.4 Pro debut di Volkswagen Fest, Sentul Depot hari ini, jarak gerak 402 km

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperlihatkan secara rasmi SUV elektrik Volkswagen ID.4 dalam varian Pro bersempena dengan acara Volkswagen Festival di Sentul Depot, hari ini.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hadir dalam versi motor elektrik pacuan roda belakang, Volkswagen ID.4 mampu menghasilkan kuasa 201 hp dan 309 Nm, dipadankan dengan pek bateri berkapasiti 82 kWh.
 

ID.4


Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 8.5 saat dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 160 km/j.

Ia membenarkan jarak operasi sejauh 402 km untuk sekali cas penuh berdasarkan data EPA.

VW ID.4 menyokong pengecasan arus ulang-alik (AC) 11 kW, serta pengecasan pantas DC 125 kW.
 

ID.4


Antara kelengkapan yang dimuatkan termasuklah:
-IQ.Drive
-ID.Light & Discover Pro Max skrin 12 inci
-Lampu LED depan belakang
-Pengecasan tanpa wayar
-Tempat duduk dengan ciri pemanas
-Rim bersaiz 19 inci

Baca: Volkswagen ID.4 2022

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pendekatan yang digunakan oleh FedEx untuk mengurangkan…
Berita Global
Rekaan luaran Renault 5 ini banyak diinspirasikan daripada model asal Renault 5 tahun 1970-an,…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…