SUV elektrik Toyota bZ4X bakal dilancarkan tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada tiga model sporti GR, UMW Toyota Motor turut mengumumkan model berkuasa elektrik penuh Toyota bZ4X yang dijangka tiba di pasaran Malaysia pada tahun depan (2023).

Ini menjadikan Malaysia destinasi seterusnya di pasaran Asean yang menjual EV pertama Toyota itu selepas Indonesia dan Thailand.

Menurut laporan rakan media Paultan, pasaran Thailand menerima varian pacuan semua roda yang terdiri daripada dua motor elektrik, dengan output kuasa 218 PS dan 337 Nm, dan harga jualan bermula dari 1.836 juta baht (RM235,242).
 

bZ4X


Sementara pasaran Indonesia pula mendapat varian pacuan roda depan dengan output kuasa 204 PS dan 266 Nm, di mana ia dijual pada harga bermula dari 1.19 bilion rupiah (RM352,040).

Kedua-dua varian dari pasaran yang berbeza itu dilengkapi dengan pek bateri berkapasiti 71.4 kWh, di mana bZ4X pasaran Thailand mampu mencapai jarak gerak sejauh 411 km (data WLTP) sementara bZ4X pasaran Indonesia pula boleh mencecah jarak gerak sejauh 500 km.

Kelengkapan keselamatan Toyota bZ4X terdiri daripada lapan beg udara, ABS, EBD, bantuan mula mendaki, kawalan cengkaman, serta ciri Toyota Safety Sense 3.0 (TSS 3.0) yang merangkumi kawalan jelajah radar dinamik, sistem pemantauan titik buta, amaran lintasan trafik belakang, sistem pra-pelanggaran, amaran keluar lorong, bantuan pengekalan lorong dan bantuan parkir.

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan penyerahan 5 unit kereta tersebut, ia menandakan satu lagi langkah ke arah penyampaian '…
Berita Domestik
Sumber Careta memaklumkan SUV elektrik itu kini berada di ibu pejabat Toyota Shah Alam, memberikan…
Berita Domestik
Disebabkan itu, ramai di antara kita yang masih lagi setia dengan Toyota, satu jenama yang tidak…