SUV coupe bersaiz penuh Audi Q8 - harga dari RM727,900 OTR

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan menggunakan platform yang serupa bersama Audi Q7, Audi Malaysia membawakan kepada anda sebuah crossover SUV coupe Audi Q8 sebagai sebuah model aras mercu (flagship model). 

Audi Q8 merupakan wajah baharu bagi siri model SUV Q Audi dengan menampilkan rekaan gril bingkai tunggal oktagon serta rekaan garis bumbung tipikal SUV coupe yang memberikan profil sisi SUV yang elegan dan gagah. 
 


Sebagai sebuah model aras mercu, Audi memberikan sedikit kelainan pada penampilan lampu utama LED Matrix HD yang didatangkan standard, terdiri daripada lampu DRL dan lampu belakang berbentuk tiga dimensi dan mempunyai karakter digital. 

Secara standard, SUV Q8 ini mempunyai jarak kelegaan tanah setinggi 254 mm, dan Audi turut menawarkan sistem suspensi udara adaptif dengan kawalan penyerap hentak bagi menyelaras ketinggian kedudukan kenderaan sehingga 90 mm daripada tetapan asal.
 


SUV Coupe ini didatangkan dengan enjin petrol V6 turbocharger bersesaran 2,995 cc dengan kuasa maksimum 340 kuasa kuda dan 500 Nm daya kilas. 

Dengan padanan transmisi tiptronik lapan nisbah kelajuan, teknologi mild hybrid 48 voltan dan pacuan semua roda quattro, Audi Q8 mampu memecut sepantas 5.9 saat dari pegun ke 100 km/j walaupun ia mempunyai berat melebihi 2 tan!

Dari segi penggunaan bahan api pula, Audi Q8 ini mampu memberikan bacaan sekitar 8.9 km/100 km, terima kasih kepada teknologi start/stop dan mild hibrid yang disebutkan tadi.
 


Pada papan pemuka, kokpit virtual Audi dengan skrin 12.3 inci bersedia untuk memaparkan maklumat kritikal kenderaan serta paparan navigasi, manakala di bahagian tengah pula terdapat dua paparan skrin sentuh MMI Touch, masing-masing bersaiz 10.1 dan 8.6 inci. 

Skrin paparan yang lebih kecil digunakan khusus untuk mengawal sistem pendingin hawa serta fungsi sampingan yang lain. 
 


Sistem bantuan pemanduan Audi pre sense front didatangkan sebagai standard, terdiri daripada bantuan membelok, bantuan elak pelanggaran dan pengecaman papan tanda. 

Selain daripada itu, Audi Q8 ini cukup lengkap dengan enam buah beg udara, kawalan kestabilan elektronik, sistem pemantauan tekanan tayar, dan cagak ISOFIX untuk tempat duduk baris belakang.
 


Audi Q8 boleh didapati dalam warna jingga metalik Dragon, biru metalik Galaxy, beige metalik Cobra, kelabu metalik Samurai dan putih metalik Glacier. 

Harga jualan pula bermula dari RM727,900 dan didatangkan dengan jaminan lima tahun waranti tanpa had perbatuan, menjadikan ia salah satu SUV menarik untuk dimiliki berbanding SUV sekelasnya. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia sekaligus merangkap tahun di mana Audi memperkenalkan kenderaan model terakhir yang bakal…
Berita Global
SUV, SUV dan SUV.  Entah kenapa, trend pemilikan kini beralih arah kepada SUV (termasuklah…
Berita Global
Menurut Audi, Q8 menggabungkan dua elemen "coupe lima pintu yang elegan" dan "SUV yang serba boleh…