'SUV baharu kekal DNA pemanduan sebuah Lotus' - CEO Lotus

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

sumber gambar: Motor1

Semenjak Lotus diambil alih oleh Geely daripada Proton, Geely mahukan Lotus berdiri sebagai sebuah jenama yang mampu bersaing dengan Ferrari dan Lamborghini (sekadar menyebut beberapa contoh). 

Selain daripada memperkenalkan beberapa model kereta sports baharu yang bakal dipasang di fasiliti Wuhan, China, Lotus juga sedang membangunkan sebuah SUV berprestasi tinggi bagi memenuhi keperluan pasaran dunia. 

Lotus - sebagaimana yang kita tahu mementingkan produk yang serba ringan, dan pengendalian yang cemerlang (lihat sahaja produk sedan tempatan) akan tetapi mereka untuk membina sebuah SUV, ia merupakan pengalaman kali pertama. 

Menurut temubual yang dibuat oleh Automotive News, CEO Lotus Phil Popham menjamin bahawa SUV sulung Lotus tidak akan hilang identiti dan DNA Lotus sebenar. 

"Jenama kami (Lotus) memfokuskan kepada pemandu dan pengalaman pemanduan, dan itu yang membentuk Lotus sehingga sekarang.

 

sumber gambar: Autocar

"Namun, kami percaya jenama ini mampu untuk pergi lebih jauh, bukan sekadar khusus kepada kereta sports sahaja," tambah beliau.

Menurut Popham lagi, bagi memastikan pembangunan SUV baharu ini berjalan dengan lancar, Lotus akan menggunakan segala sumber dan teknologi yang ada di bawah naungan Geely (Polestar, Volvo, dan Geely itu sendiri). 

Selain daripada SUV, Lotus turut merancang untuk hadir dengan sebuah kereta sports serba baharu dan ia dijangka bakal menarik lebih banyak golongan sasaran pembeli berbanding produk Lotus sedia ada. 

Sports car baharu tersebut akan dipasang di fasiliti Hethel, tanah tumpahnya minyak hitam asal Lotus. 

Sumber: Automotive News