SUV Audi e-tron dilancarkan di Thailand - bermula dari RM658k

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Setelah beberapa bulan membuat kemunculan secara rasmi di platform global San Francisco, SUV elektrik Audi e-tron akhirnya muncul di rantau Asia dengan Thailand mendahului negara-negara jirannya. 

SUV yang diimport sepenuhnya itu didatangkan dalam varian tunggal e-tron 55 quattro dengan konfigurasi motor elektrik berkembar - satu untuk setiap gandar. 

Motor elektrik hadapan menggunakan motor berkuasa 168 hp manakala kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi kelajuan tunggal. 
 


Manakala motor elektrik di gandar belakang pula menghasilkan kuasa 188 hp, dan gandingan kedua-dua motor elektrik tersebut memberikan kuasa sekitar 355 hp dan daya kilas 561 Nm. 

Tidak cukup?

Audi e-tron turut memberikan ciri power boost yang mampu meningkatkan kuasa kepada paras 402 hp dan 664 Nm untuk masa beberapa saat, menjadikan pecutan 0-100 km/j sepantas 5.7 saat sahaja, berbanding 6.6 saat apabila sistem dinyahaktif.
 


Sistem bateri lithium-ion 95 kWh mampu memberikan jarak operasi sejauh 417 km mengikut data kitaran WLTP, dan proses pengecasan pula ditawarkan dalam tiga mod; 11 kW, 22 kW pengecasan AC dengan sambungan Type 2, atau Combine Charging System (CCS) - pengecasan pantas DC 150 kW . 

Jika anda perasan, Audi e-tron tidak menampilkan sebarang cermin sisi fizikal, sebaliknya ia digantikan dengan kamera sisi yang dipaparkan pada skrin yang terdapat di panel pintu. 

Ciri ini didatangkan sebagai pakej pilihan yang disekalikan dengan ciri Audi pre sense dan bantuan tambahan yang bernilai 200,000 baht (RM25,780). 
 


Ciri standard yang didatangkan pada SUV ini termasuklah suspensi udara adaptif, lampu utama HD Matrix LED, rim bersaiz 21 inci, tempat duduk kulit Valcona, kawalan iklim empat zon automatik, bumbung suria panoramik, sistem MMI Navigation plus dan sistem bunyi tiga dimensi Bang & Olufsen (B&O). 

Bagi melindungi keselamatan pengguna aktif dan pasif, Audi e-tron hadir dengan ciri keselamatan seperti TCS, ANS, EBD, empat beg udara, bantuan parkir dengan paparan 360 darjah, serta cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak. 

 


Audi e-tron dijual pada harga 5.099 juta baht (RM657,618) dan didatangkan dengan jaminan lima tahun/150,000 km sebagai standard, termasuklah jaminan lapan tahun/160,000 km untuk bateri. 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Terdiri daripada model SUV, sportback dan coupé empat pintu, rangkaian e-tron dibina khas dengan…
Berita Global
Mengelirukan, bukan? Ini kerana model SUV elektrik pertama yang dilancarkan pada tahun 2018 itu…
Berita Domestik
Selain daripada model-model SUV dan wagon Audi, Weststar Motor turut menyelitkan sebuah model e-…