SUV Aston Martin guna platform baru

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat kereta premium British, Aston Martin memang akan menghasilkan sebuah SUV mewah tetapi yang ramai tidak tahu ialah model terbaharu itu bakal dibina di atas sebuah platform serba baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konsep SUV bernama DBX itu juga akan mempunyai teknologi sistem gantungan terkini seperti active anti-roll dan pegas udara dengan tiga mod - dua teknologi yang tidak pernah digunakan oleh syarikat tersebut.

Keputusan itu memang logik kerana pesaingnya seperti Audi SQ&, Bentley Bentayga dan Porsche Cayenne kesemuanya menggunakan teknologi-teknologi tersebut bagi memastikan model-model SUV yang tinggi, besar dan berat itu masih boleh "menari" seperti sebuah kereta prestasi.

Praktikaliti juga turut menjadi keutamaan dan yang paling penting, selepas model SUV DBX ini dilancarkan dan ramai pakcik dan makcik membelinya, Aston Martin akan melancarkan sebuah model pesaing Ferrari dengan enjin di tengah (mid-engine).

Itu baharulah Aston Martin!

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…